Tuesday, 28 November 2017

Berkunjung ke Rumah P.Ramlee

Rumah P.Ramlee terletak di Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang. Ia merupakan tempat kelahiran Allahyarham P.Ramlee. Kami memang suka menonton filem-filemnya. Berkunjung ke rumahnya membuatkan kami lebih mengenali beliau dan sejarah hidupnya.


Rumah P.Ramlee



 Gambar-gambar sejarah

 Biola P.Ramlee

 Bilik tidur P.Ramlee

Dapur P. Ramlee


Muzium Sejarah P.Ramlee yang bersebelahan Rumah P.Ramlee

Melawat Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Muzium Tentera Darat Port Dickson merupakan muzium tentera terbesar di Malaysia. Ia terletak di Batu 4, Kem Si Rusa 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai barangan artifak dan replika sejarah dari zaman penjajahan Portugis hinggalah saat Malaysia mencapai kemerdekaan. Bagi pengkaji dan penggemar sejarah Malaysia, tempat ini amat sesuai untuk anda.

Sila layan gambar-gambar di bawah.. Minta maaf kami hanya bergambar di luar muzium sahaja..







Terdapat juga kolam ikan di situ.. Sempat juga kami memberi ikan-ikan itu makan..


Saturday, 25 November 2017

Bertemu Haiwan Peliharaan di Rabbit Fun Land


Rabbit Fun Land terletak di Lot 1556, Mukim Lenggeng, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan. Terdapat banyak jenis haiwan peliharaan di sini. Antaranya ialah arnab, kuda, kambing, ikan dan rusa. Tak rugi pergi ke sini.. Anda boleh beli makanan haiwan yang dijual di sini dan beri mereka makanan. 

 Kakak bagi arnab makan

 Adik bagi arnab makan lobak merah. 


Arnab ini suka makan lobak di tangan pengunjung. Jika lobak itu sudah jatuh atas tanah, arnab itu tidak mahu memakannya. Lucu betul..

Sabar ye rusa.. Makan ikut giliran..

Kawasan haiwan bersih dan terjaga.

Stylo rambut kuda ni.. Hihi